Permohonan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor.

 


Permohonan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor.


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.


Jawatan

PENSYARAH UiTM


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Syarat Kelayakan
    • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SijilPelajaran Malaysia atau setaraf.
    • Calon-calon mestilah memiliki kelayakan CGPA 3.00 dan ke atas atauKelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang.
    • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti.
    • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
    • Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana).
    • Calon yang sedang mengikuti program sarjana tidak bolehdipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda.
    • Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan.
    • Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.



Terbaru Lebih lama